Jam hampir 4petang..tiba-tiba hp berbunyi..no ofis yang tak save tapi macam bleh agak dari sapa..dengar suara yg terlalu familiar..
"Hello, syitah! syitah!"
"Ha...yaa..ya..."
"syitah..syitah..!" sangkanya aku tidak dengar..
"yaa..haha..awat k.bby?"
aku terasa lucu pulak asyik ulang2 panggil namaku..
tapi tiba-tiba terdengar esakan dalam corong sebelah sana..
"pasaipa ni??" aku mula gelisah..
"syitah, tok km baru meninggal..bleh tak syitah mai amek km?"..
aku tanpa pikir panjang.."hah? yaka?? ok2..satgi km sampai.."
aku yang tak semena-mena, terus pucat lesi..terus seram sejuk satu badan..terasa menggigil..blank sekejap..
bukan apa, sebab aku tau mcm mana sayangnya dan rapat dia dengan tok..dan aku tau dia perlukan aku masa nie...
terus aku pack2 barang..aku jumpa dengan kawan2 kerja..bahagi tugas aku..nasib baik mereka memahami..jumpa isteri bos..bagitau yg tok sedara aku meninggal..aku harus pergi..isteri bos yang baik ati pun capai tangan aku dan ucap takziah..katanya dia pergi ke tempat yg lebih baik..kalau sakit, akhirnya penderitaan dia telah berakhir..aku terasa berat sangat mata masa tu...tak tahu keadaan situasi sebenar tapi aku tau tok sakit sbelum ni..apa keadaan sekarang tak pasti..terasa nak menitik air mata..menggigil tangan aku..aku dapat rasa kepanasan tangan dia..betapa sejuknya tangan aku masa tu..terus aku capai beg tangan dan jumpa bos untuk maklumkan berita aku..dia benarkan..
aku terus menjemput k.bby dari tempat kerja..dari jauh aku dapat lihat mukanya merah kerana menahan tangis..
masuk dalam kereta, dia pandang aku..aku dapat rasakan dia ingin lepaskan perasaan..aku genggam tangan dia..dan terhamburlah esakan yang tak terbendung..aku pun tak sanggup melihat..sama-sama bergenang air mata..10minit dalam tangisan yang bernada sepi........
panggilan dan sms di hp berbunyi..masing-masing sedang cuba menghubungi sanak saudara yg jauh.. tiba-tiba teringat yang paling jauh...boy..dh banyak kali cuba dapatkan dia, tapi gagal..semua sedia maklum bahawa mesti susah nak panggil dia..dia yg jauh di negara orang, dalam perantauan..hanya nasib dapat menghubungi dia..aku hanya minta sekurang-kurangnya sms dia..kalau dia terima, dia boleh cuba berdoa dari sana..mungkin dia akan terkejut dan sedih sebab tak dapat pulang, tapi sekurang-kurangnya dia boleh berdoa dari sana..daripada dia tidak tahu apa-apa sehingga dia pulang, mungkin ketika itu dia akan lebih kecewa dan sedih..
setibanya kami di rumah tok..sekujur tubuh berlitup menyambut kami..terasa sebak melihat tubuh itu..kami melangkah dengan sayu..menyambut tangan yang dihulur menyambut kedatangan kami..hanya ada beberapa orang saja.. menunjukkan arwah baru saja pergi..k.long, mama, caca, mami, dan 2-3 jiran tetangga ada bersama.. aku tak berani mendekati arwah lagi..sementalahan tidak mahu mengganggu saudara mara yang sedang berkabung di situ..aku duduk di sebelah k.long sambil berdoa dalam hati..sedekahkan al-fatihah dan bertanyakan khabar arwah yang baru pergi..alhamdulillah, pemergiannya dipermudahkan Allah..dalam keadaan sihat, sedang beristirehat bersama anak cucu menonton tv..tiba-tiba saja terdiam dan pergi dalam pangkuan anaknya, mami..tiada tanda mahu pergi..tapi panggilan telefon tengah hari kepada caca mengatakan dia bermimpi kawan baiknya sedang panggil dia..memberi tanda dia sudah tidak lama..tambah pula mama yang tiba-tiba tergerak hati mahu membaca yassin selepas subuh pagi tadi untuk bonda tercinta agar disembuhkan sakitnya yang lama ditanggungnya..ajal maut, Allah Subhanahu wata'ala yang lebih mengetahui..petang itu, Allah hilangkan sakitnya dengan menjemputnya kembali ke sisi Illahi...innalillahi wa innailaihirajiun..
azan asar berkumandang..kelihatan mama bergegas untuk solat asar..aku tahu, dia sedang menyimpan sedihnya..dan ingin mengadu kepada Yang Esa..aku perhatikan tingkahnya..lincah seperti biasa..di ruang solat..kelihatan dia bersolat..dan sesudahnya berdoa..aku dapat lihat dari jauh kelibatnya seperti sedang menangis..terkejut dengan pemergian bondanya..dia bangun untuk teruskan solat sunat..aku kagum..kemudian dia kembali bersama tetamu..lincah seperti biasa..menguruskan tetamu...aku, k.bby dan ira menyusul untuk bersolat..seusai solat, kami membuat bulatan untuk membaca surah yasin..pertengahan bacaan kami dimaklumkan tok akan dibawa ke surau rumah di tingkat bawah..aku dan ira meneruskan bacaan..k.bby keluar untuk membantu..kemudian, kami semua turun ke surau..meneruskan bacaan..kelibat ahli keluarga yang lain mula kelihatan..tetangga sudah ramai menziarahi keluarga..bacaan yasin diteruskan..
aku kekok dengan suasana yang tidak ku kenali..tp mengutamakan arwah..itu yang menghilangkan perasaan kekok...entah kenapa, setiap kali terpandang wajahnya, aku sebak..mengingatkan aku pada kematian yang tidak mengenal erti masa..aku rasa tenang melihat wajah tok.. kelihatan sangat bersih..masih kemerahan walaupun sudah 2 jam berlalu..sangat tenang, seperti dalam tidur.. mungkin itulah penyebab hatiku yang semakin keras dek dunia tak dapat menolak peringatan yang Allah ingin tunjukkan..aku terimbas siapa diriku ini dan sanak saudaraku..siapakah selepas ini?..itu seorang perempuan..seorang ibu..seorang nenek..dan ini keluarganya...di manakah aku nanti? dalam keadaan apakah masa aku nanti..? ya Allah, aku takut ya Allah... aku terkenang tanggungjawab aku kepada keluarga aku tidak begitu baik kebelakangan ini..dek ingin memajukan diri, keluarga aku ketepikan sebentar..sekali sekala bertanyakan khabar..seandainya pergi salah seorang, mampukah aku tebus masa-masa yang tak terluang? ya Allah..kenapa dengan aku....
jam hampir menunjukkan 7.15pm..km bertiga membuat keputusan untuk pulang ke rumah untuk membersihkan diri kerana dari pejabat..selepas maghrib akan kembali..tapi dek kelewatan di jalan raya, kami tiba selepas isyak.. sekembalinya kami, kelihatan jemaah isyak baru selesai berdoa..kami ke dalam untuk menyertai tahlil arwah kumpulan wanita..kemudian duduk di tepi meneruskan yassin yang tidak putus-putus untuk arwah tok..jam hampir pukul 10.30pm..kami diminta ke atas rumah mami untuk bersama-sama mengisi perut yang kosong..ayah membeli bihun singapore dan burger untuk jamu..kasihan mama, dia berpuasa..baru dapat menjamah makanan..namun sempat juga mama hidangkan aku white coffee kegemaran tok untuk aku.. aku berkongsi dengan k.bby dan ira..semuanya seperti hanya makan untuk mengalas perut..tiada selera.. sambil makan, bercerita tentang kenangan bersama arwah..betapa semua tidak menyangka pemergian arwah.. arwah dirindui.....
aku bertanya tentang cubaan mendapatkan boy..ira kata ayah sedang cuba..entah dapat entah tidak..k.bby kata mama suruh dibiarkan dahulu.. nanti saja diberitahu..takut mengganggu..aku seperti ingin menghubungi dia sendiri..tapi aku rasa biarlah ayah atau mama atau kakaknya saja yang mengkhabarkan berita ini..itu lebih adil..berita sebegini..tp mungkin aku boleh cuba..sekadar sms..untuk dia menghubungi rumah sekiranya dengan kiriman sms aku dapat menghubunginya..cubaan sms telah dihantar pada jam 1am..status 'delivered'..Ya Allah, dengan izinmu Ya Allah, sekiranya dengan kiriman sms aku itu dapat menghubungkan dia kepada keluarganya, syukur alhamdulillah..semoga dia dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak dan cucu yang soleh..
aku harap semuanya berjalan dengan baik mlm nie untuk keluarga k.bby..aku pasti ramai yang masih terkejut, dan ramai akan menemani tok di malam terakhirnya di atas bumi..
aku di rumah...
esok pagi akan menyusul sekali lagi di rumah tok sebelum dia berangkat ke sisi suami dan anaknya..
kemudian ke ortho untuk pemakaian bracing..masih gerun dengan ingatan pemakaian braces..hmmm...
Ya Allah, semoga roh tok wan chik dalam peliharaanMu..semoga kau ampuni dosa-dosanya..semoga ditempatkan bersama orang -orang beriman dan beramal soleh solehah..permudahkanlah urusan barzakh..sesungguhnya tok wan chik adalah antara hamba-hambamu yang beriman,baik hati, penyayang dan beramal solehah..selamatkanlah beliau..amin...
