Thursday, November 18, 2010

bank pilih kasih! *huh!*

owh frustnye..nur kecewa dengan pihak bank..pinjaman yang hendak dibuat semuanya tak memihak pada nur..beruntung betul sape yang keje ngan goment..gaji pokok rm800 je dah leh wat pinjaman..kita yang private nie kalau nak buat pinjaman, nak tengok slip basic rm3000..teruk la camnie~! kata ada pinjaman siswazah la, skim bantuan kewangan la..tapi nape je ada halangan macam nie..hmm..camne nak cari modal buat permulaan biznes nie...(O_o')
*nampaknye nur kena cari alternatif lain..apa cara pun kena generate income before next month! car-boot sales anyone? heee...*

i cannot sleep coz i got inspired..

it's 3 am! n i am sooo cannot sleep because i am sooooooooooo amazed and fascinated by girls around the world and their hijab styling..i'm blog hopping, reading their stories and styles...MasyaAllah! They are all beautiful!! seeing their styling, their passion in fashion at the same time pursuing and encouraging people to wear hijab..changing people's view about hijab..and doing business and consulting others about it..WOW!! I'm impressed people! you are doing something you love! some of them is working at a different workplace, but because of their interest for fashion that make them write stories about hijab and Islam!

it re-live my once interest to do the same as them! (if you followed me before on cheloteh chemas, you will know..)

owh..i really need to do something like this..i need to make changes in my life..FAST!

*adrenalin rush!*

kanta lekap berwarna yang bergaya..

mata biru adikku..!
 cuti raya aidiladha tahun nie, adik laki nur beraya ngan mata biru~ haha..daring sungguh kau ini~ tapi dia memang selalu lain dari yang lain..nur ngan dia memang suka 'outstanding' sikit..maklumlah, kami dua bawa nama 'orang seni' dalam famili..so macam tak heran sangat kalau tetiba ada je yang pelik kat kami..nur setakat nie tak penah lagi pakai colour contact lense sebabnye..nur jarang sangat nak pakai contact lense..leceh bak kata orang penang..huhu..maintenance pun agak tinggi and hati-hati if not boleh rosak mata...well, jangan kata contact lense, cermin mata pun nur jarang pakai..hanya waktu tertentu je nur pakai specs macam bila memandu waktu malam or waktu hujan..kalau siang tu, nur ok je..as long as tak kena cari nama jalan..hehehe..

dulu masa pakai contact lense, memang terasa..WOW!! Terangnye dunia! No specs needed! rasa bebas!..dilahirkan semula! hahaha..itu la gambaran perasaan nur waktu mula-mula pakai..walaupun agak tak selesa sebab baru nak biasakan diri, tapi sangat kagum ngan teknologi nie..tapi itu la, kena berjaga-jaga..kalau asyik dok dalam air-cond..akan cepat kering..pastu mula la pedih mata..and ada limit time..kalau lebih masa, mula la rasa berat je nak buka mata..then nak kena beli solution..solution dia plak, kena tengok jugak..macam mata nur, nur pernah try few solutions, tapi hanya certain brand nur leh pakai sebabnye bila pakai yang tak sesuai, mula rasa pedih and merah-merah mata..so kena tengok jugak bila nak beli..tak boleh hentam beli asal murah..lagipun ni kan untuk mata..bahagian deria and paling sensitif plak tu..silap jaga, leh buta..sapa susah? huhu..

nowadays, dah ada fesyen contact lenses yang bermacam-macam..yang buat nur tertarik is the new contact lenses yang berkaler and buatkan mata kita nampak besar macam dalam anime~! (orang jepun yang jeles ngan mata orang putih sebab mata diorang sepet suka reka pelik-pelik!)  well, actually bukan la dia membesarkan kornea kita..but the contact lense is design bigger than our kornea, membuatkan mata kita menonjol...bukan terjojol ye..hahaha..itu freak namanya! hehe..nur teringat komen kawan-kawan nur tentang mata nur..kata diorang mata nur nie kecik! (yeke??) so bila tak pakai eyeliner, nampak sakit and macam nak tutup je...then bila dapat tau pasal contact lense nie, rasa macam teringin la plak..tapi bila teringat nak kena pakai (step yang sangat leceh, tapi ok je kalau dah biasa, tapi stil leceh~!) haissh...malasssnyeeee....tapi sangat teringin nak tau camne rupa nur kalau dah pakai contact lense yang berkaler + membesarkan mata nur nie..hahaha..sure cute.. kan? kan? ngeeee...(^_^) 

hmm..mata nur yang original dah berkaler..which is dark brown..so warna apa agak-agak yang sesuai dengan muka nur? nur dok consider warna gray, hazel (macam tak de beza ngan original), blue (macam alien je..maybe yang tak striking sangat nye..tapi ada ke?) or dark black (woot woot..gelapnye~)..green is like pelik to me..violet nampak macam cool sebab dia nak gelap sket kan..so takde la nampak ke'purple'an dia tu..huhu..so kat sini ada few pics dengan warna-warna yang nur suka..huhu..cunnye mata diorang~ *menambahkan keinginan nak dapatkan contact lense dengan segera!*

macam warna green nak turqoise je..so swweeettt~

warna gray..wuu...sexy~
wooo...besarnye mata dia! nie warna macam hazel kan? kiut-kiut~ :)
ini dark violet..cun kan? *ke sebab orangnye cun nampak cun..? haha..*

nampaknye kena siapkan duit untuk beli contact lense..dah tak mahal macam dulu..RM65 untuk 3 bulan..ok la tu kan..huhu..cuma nak kena tambah duit lagi untuk solution..bajet dalam RM80 gak la..hmmm...kena masuk dalam check-list nie..hak3...:-p

p/s: nur masih ketinggalan zaman gak la sebab bf nur dah lama dah berfesyen ngan kaler contact lense..ceh~! jeles ngan dia! heee..takle jadi nie...kena gak try! huuuu...

the end of the road...

i dunno how many time i have written down this stupid sheet..everytime i did it, it's becoz of frustration and dissapointment..hmm..bunyi macam banyak sangat la keje sebelum ni kan..huhu..hmm..kali ni nekad sebab dah cukup tempoh (tempoh percubaan 6 bulan)..walaupun first impression memula keje sangat seronok..but eventually things will slowly showed their inner beauty..banyak perkara berubah dan perubahan itu sangat melemaskan..takde keserasian lagi..this time bekerja..sangat complicated..too much work loads, no privacy of life, even holiday they keep me ringing..sumtime takle nak lari..cari sampai ke mana saja..tak jawab telefon, marah bukan main..bukan nak selidik dlu kenapa tak jawab..hmmm...

but the worst thing is, there's no more safe place to work..sebetulnya, i cannot handle 'curang', office politics, liers, back stabbers and bad mouth..abes semua mood keje..sudahlah keje banyak, nak ditambah lagi dengan perangai-perangai hantu..dah la nak ngadap hari-hari ngan orang yang sama, penyelewengan plak di depan mata..takle tahan woo..hmm..dan masalah besar bila takde sokongan sesapa..biarlah nur je resign..dari dok mengutuk kejelekan perangai manusia pastu dok memendam rasa..silap-silap nur yang gila..kita nak mengubah pun tak mampu sebab i'm nobody to them..dapat penghinaaa, kena kutuk, kena buli ada la...bukan lah nak berdendam, tapi melawak pun ada batasnya...hmm..ntah la..nasib bekerja makan gaji..sesuka hati je orang atasan nak bubuh..

abah dah tau niat nur sejak dlu lagi..tapi nasihatnya soh bersabar sampai abes tempoh percubaan..sekarang dah sampai masanya..dan nur pun dah lama buat surat nie..tapi bos takde..patut ke nur hantar je walaupun dia takde? abah, jangan marah naa nur berhenti secara tetiba nie..dah tak sanggup nak ngadap keje..kalau ikut surat nur, 21 November nie genaplah 6 bulan..so, biarlah..wat ever happens will happen..it is a matter of time pown..

p/s: tetiba terasa diri nie cepat mengalah..am i a quitter???? S.O.S!

Wednesday, November 10, 2010

Tragedi banjir Alor Setar 2010

krew media dan staf KARSEP semasa penyerahan..

suasana dalam stadium..lebih kurang 2,000 orang lagi masih di sini ketika itu..

suasana dalam stadium

suasana dalam stadium.

huhu..kenang-kenangan wat penyerahan..
Kejadihan banjir di Alor Setar yang lepas betul-betul mengejutkan ramai orang terutamanya penduduk setempat..mengikut maklum balas yang nur terima..inilah kejadian paling teruk berlaku setelah banjir tahun 1995..pada hari pertama berlakunya hujan lebat yang tak berhenti tu, nur dah risau takut air naik sebab kawasan rumah yang nur sewa tu memang kawasan air naik..tiga hari berturut-turut hujan tak berhenti..tapi alhamdulillah rumah nur langsung tak banjir (ajaib!)..cuma disebabkan bocor bumbung di rumah, dalam umah plak banjir..adeh!

ketika hujan lebat 2 hari ni, air naik tak teruk..tapi kawasan yang lebih utara dah dengar khabar-khabar banjir seperti di perlis, bukit kayu hitam, jitra, kepala batas..selepas hari ketiga, hujan dah berhenti..tapi air makin naik..air sungai melimpah-limpah..banyak kawasan dah tutup di Alor Setar..semua orang jadi panik sebab hujan berhenti tapi air makin naik..dalam masa yang sama, bekalan air di Kota Setar ditutup sebab khuatir empangan rosak dan air yang disalurkan air kotor..maka bertambah lagi masalah kerana tiada air untuk makan, minum, nak pergi toilet dan sebagainya..maka banyaklah kedai dan pejabat yang tutup tak dapat beroperasi kerana banjir..dan ramailah yang tak datang kerja sebab rumah tenggelam atau jalan putus.. takut jugak bila tengok keadaan tapi alhamdulillah semua kerja-kerja menyelamat dan membantu berjalan dengan baik.. 

nur ada housemate yang kerja di jabatan kebajikan masyarakat..setiap hari dia shift malam sebab nak ambil data dan jika ada panggilan kecemasan..pejabat diorang masuk air jugak tapi dipindahkan ke tempat lain bagi memudahkan urusan kerja..kesian tengok akak housemate tu sebab masa-masa ni, semua orang balik kampung, tapi dia bekerja siang dan malam..nak buat macam mana, itulah kerja dia..tapi papepun, tanggungjawab kita sebagai masyarakat tak bleh diabaikan.. bos nur pun turut turun padang pada 4hb November ke Jitra untuk melawat mangsa-mangsa banjir dan menghulurkan bantuan..lori je yang boleh masuk ke kawasan tu jadi bos pun naik lori bersama staf yang ikut sama..agak 'comel' la sebab semua orang naik lori..hehehe..masa ni nur  dapat rasa pangkat dan nama dah tak penting..yang penting 'kemanusiaan' tu lebih utama dari segala benda..misi untuk membantu berkobar-kobar..!

pada 7hb November, pihak akhbar NSTP minta kami di KARSEP/MSAR Group Berhad turun padang untuk mewakili bos kami untuk membuat penyerahan akhbar kepada mangsa banjir di Stadium Abdul Halim..NSTP menjemput kami untuk membuat penyerahan kerana mereka merupakan penaja akhbar rasmi bagi acara terbesar syarikat kami tahun ini iaitu Karnival Silaturahim & Expo Perdagangan 2010 (KARSEP 2010) yang akan berlangsung di Dewan Wawasan, Kubang Pasu, Jitra Kedah..jadi di kesempatan ini, kami berpeluang untuk melawat mangsa-mangsa banjir dan melihat sendiri suasana di tempat pemindahan sementara..bagi nur, pengalaman ini sangat bermakna sebab nur jarang dapat peluang untuk mendekati masyarakat secara dekat begini dan tambah pulak bersama media..tapi bukan sebab itu tujuan utama, yang penting untuk melihat sendiri suasana pusat tersebut..semasa kami tiba, dianggarkan lebih kurang 2,000 orang masih tidak dapat pulang ke rumah..sedih jugak bila mengenangkan nasib mereka..nur pun jadi tak selesa sebab kita yang melawat ni buat penyerahan akhbar..cubalah buat something yang lebih relevan time-time darurat nie kan..macam bagi pakaian, makanan, or selimut ke tapi logik jugaklah sebab daripada pihak akhbar..tentulah sumbangannya pun akhbar..huhu..tapi nur dapat lihat terserlah rasa gembira di sesetengah air muka daripada mangsa kerana ada yang datang melawat..rasa touching...huuu...

papepun, inilah pengalaman yang best dan terima kasih kerana beri nur peluang ini..semoga semua orang sentiasa beringat untuk membantu golongan yang memerlukan..hari ini hari diorang, esok lusa mungkin hari kita..peringatan Allah untuk semua..

Tuesday, November 2, 2010

wondergirls to the rescue~ XD

peace~
di majlis perasmian butik tudung ratina collection

with MC bidan terjun..hak3..

"Mas, i nak u tolong i jadi model..pleaasee..i dah takde model nie.."
"tapi mas tak penah wat modeling..pendek kot.."
"ala, takpe..model tudung je.."
"erm...insyaAllah la abg chik..mas tak janji..tengok cmne.."


haha..lawak btul kejadian ni..sebabnye ofis mate nur yang jd MC bidan terjun tu actually dah aturkan model untuk event nie..skali model-model tu sesat jalan! so abg chik yg tolong untuk event ni, minta tolong ngan nur and ofis mate nur tu jadi model standby..5 minit sebelum acara mula, nasib baik model tu sampai..so nasib baik tak perlu jadi model tudung.hak3..*lega giler~* then ofis mate nur tue tak pasal-pasal jadi MC plak..sebabnye MC yang di assign sebelum tu tak penah jadi MC! kebetulan dia ni dah biasa keje-keje MC nie..so nak tak nak, kitorg la rescue squad hari tu..hak3..what a caca merba event laa...dengan Toh Puan datang nak rasmi..ngan hujan..agak kesian la kat event tu..tapi at then end semua berjalan dengan baik..and nur plak jadi macam props manager plak kat belakang sebab dok atur model ngan tudung yang sesuai..though macam-macam jadi, we manage to pull the event..walaupun terpaksa kautim ngan ofismate untuk cover line sebab lari buat keje luar..hak3..papepun, Ratina Collection ada banyak nice collection and good material for all walks of life..(cewah~ promote-promote sket kan..)..tapi yang tak best, no credit to us for helping..even tak sempat makan sebab panggilan pejabat..rasa macam betul-betul wondergirl jap sebab lari untuk tolong diorang nie sempurnakan majlis then lari balik ofis buat keje..huhuhu..but it was a nice memory to remember..:-)