![]() |
| krew media dan staf KARSEP semasa penyerahan.. |
![]() |
| suasana dalam stadium..lebih kurang 2,000 orang lagi masih di sini ketika itu.. |
![]() |
| suasana dalam stadium |
![]() |
| suasana dalam stadium. |
![]() |
| huhu..kenang-kenangan wat penyerahan.. |
Kejadihan banjir di Alor Setar yang lepas betul-betul mengejutkan ramai orang terutamanya penduduk setempat..mengikut maklum balas yang nur terima..inilah kejadian paling teruk berlaku setelah banjir tahun 1995..pada hari pertama berlakunya hujan lebat yang tak berhenti tu, nur dah risau takut air naik sebab kawasan rumah yang nur sewa tu memang kawasan air naik..tiga hari berturut-turut hujan tak berhenti..tapi alhamdulillah rumah nur langsung tak banjir (ajaib!)..cuma disebabkan bocor bumbung di rumah, dalam umah plak banjir..adeh!
ketika hujan lebat 2 hari ni, air naik tak teruk..tapi kawasan yang lebih utara dah dengar khabar-khabar banjir seperti di perlis, bukit kayu hitam, jitra, kepala batas..selepas hari ketiga, hujan dah berhenti..tapi air makin naik..air sungai melimpah-limpah..banyak kawasan dah tutup di Alor Setar..semua orang jadi panik sebab hujan berhenti tapi air makin naik..dalam masa yang sama, bekalan air di Kota Setar ditutup sebab khuatir empangan rosak dan air yang disalurkan air kotor..maka bertambah lagi masalah kerana tiada air untuk makan, minum, nak pergi toilet dan sebagainya..maka banyaklah kedai dan pejabat yang tutup tak dapat beroperasi kerana banjir..dan ramailah yang tak datang kerja sebab rumah tenggelam atau jalan putus.. takut jugak bila tengok keadaan tapi alhamdulillah semua kerja-kerja menyelamat dan membantu berjalan dengan baik..
nur ada housemate yang kerja di jabatan kebajikan masyarakat..setiap hari dia shift malam sebab nak ambil data dan jika ada panggilan kecemasan..pejabat diorang masuk air jugak tapi dipindahkan ke tempat lain bagi memudahkan urusan kerja..kesian tengok akak housemate tu sebab masa-masa ni, semua orang balik kampung, tapi dia bekerja siang dan malam..nak buat macam mana, itulah kerja dia..tapi papepun, tanggungjawab kita sebagai masyarakat tak bleh diabaikan.. bos nur pun turut turun padang pada 4hb November ke Jitra untuk melawat mangsa-mangsa banjir dan menghulurkan bantuan..lori je yang boleh masuk ke kawasan tu jadi bos pun naik lori bersama staf yang ikut sama..agak 'comel' la sebab semua orang naik lori..hehehe..masa ni nur dapat rasa pangkat dan nama dah tak penting..yang penting 'kemanusiaan' tu lebih utama dari segala benda..misi untuk membantu berkobar-kobar..!
pada 7hb November, pihak akhbar NSTP minta kami di KARSEP/MSAR Group Berhad turun padang untuk mewakili bos kami untuk membuat penyerahan akhbar kepada mangsa banjir di Stadium Abdul Halim..NSTP menjemput kami untuk membuat penyerahan kerana mereka merupakan penaja akhbar rasmi bagi acara terbesar syarikat kami tahun ini iaitu Karnival Silaturahim & Expo Perdagangan 2010 (KARSEP 2010) yang akan berlangsung di Dewan Wawasan, Kubang Pasu, Jitra Kedah..jadi di kesempatan ini, kami berpeluang untuk melawat mangsa-mangsa banjir dan melihat sendiri suasana di tempat pemindahan sementara..bagi nur, pengalaman ini sangat bermakna sebab nur jarang dapat peluang untuk mendekati masyarakat secara dekat begini dan tambah pulak bersama media..tapi bukan sebab itu tujuan utama, yang penting untuk melihat sendiri suasana pusat tersebut..semasa kami tiba, dianggarkan lebih kurang 2,000 orang masih tidak dapat pulang ke rumah..sedih jugak bila mengenangkan nasib mereka..nur pun jadi tak selesa sebab kita yang melawat ni buat penyerahan akhbar..cubalah buat something yang lebih relevan time-time darurat nie kan..macam bagi pakaian, makanan, or selimut ke tapi logik jugaklah sebab daripada pihak akhbar..tentulah sumbangannya pun akhbar..huhu..tapi nur dapat lihat terserlah rasa gembira di sesetengah air muka daripada mangsa kerana ada yang datang melawat..rasa touching...huuu...
papepun, inilah pengalaman yang best dan terima kasih kerana beri nur peluang ini..semoga semua orang sentiasa beringat untuk membantu golongan yang memerlukan..hari ini hari diorang, esok lusa mungkin hari kita..peringatan Allah untuk semua..





No comments:
Post a Comment