Thursday, November 25, 2010

hari-hariku semakin bersinar..! usahawan muda mengorak langkah (cewah!)

ok..sepatutnya nur update perkara ni..erm...*dok kira hari*...selasa lepas..23hb November..sebabnya ritu nur pergi dengar taklimat daripada PUNB tentang Keusahawanan dan skim-skim prosper yang disediakan..tapi macam bersemangat sket bebaru nie ngan projek yang baru nur dapat, so tak berkesempatan nak memikirkan ayat karangan..hehehe..*alasan malas*..=p jadi nur nak sharing sket la apa yang nur lalui..huhu..

so semenjak dapat surat pergi dengar taklimat, nur memang semangat..macam tak sabar je nak pergi dengar apa yang boleh diorang bantu nur untuk memulakan langkah baru sebagai orang berniaga nie..so time pergi dengar tu ada la skim prosper siswazah, siswazah perantis dan prosper runcit..memula nur ingat terus nak apply untuk prosper siswazah memandangkan nur dah ada company sendiri dan ada wat freelance..tapi tak full-time.. so bila bersembang dengan pegawainya, katanya nur tak boleh lagi apply untuk prosper siswazah..so nur pun tunggu la untuk siswazah perantis..memula ingatkan taklimat je skali ada exam and interview...huh! penat nunggu..sampai dekat pukul 4pm baru turn nur untuk di interview..*ada ramai orang..over than 100 people! huh!*..dengan laparnye..seb bek ada adik yang baik hati *berkat mulut suka nak sembang* simpati tengok nur macam lapar..dihulurnya cadbury zip..rasa macam bersyukur sangat sebab dah la dewan tu sejuk, perut sangat sakit sebab lapar..nur pun bayar la balik..yela, katanya dia keluar gi beli ngan kawan dia tadi time lunch..nur malas nak keluar sebabnya takde kawan, pastu tak tau nak gi cari tempat makan..lagipun tak kenal rapat, takkan la nak amek free walaupun katanya 'takpe, amekla..'..tak syok la kan..huhu..itu pun dah cukup bagus dia nak hulur..mana tau kot dia beli pun sebab standby..alih-alih bgi kita plak kan..

so, apa yang nur dipahamkan time interview tu..nur boleh samada join skim siswazah perantis ni ataupun buat bisnes secara serius selama lebih kurang 6 bulan, keep tracking rekod dan pastikan akaun aktif selama tempoh ini..then walla! bleh mai apply untuk prosper siswazah dengan minimum loan RM50K...huhu..ataupun nur boleh join perantis, macam undergoing practical..which means nur akan ditempatkan di satu tempat yang akan ajar nur selok belok bisnes yang akan nur buat, belajar dengan mentor yang dilantik selama 6 bulan tanpa cuti *kalau ada cuti pun disebabkan aturan syarikat tersebut*..dapatkan surat sokongan mentor pada penghujungnya so walla! bleh la apply loan..siswazah perantis nie lebih kurang macam dalam rancangan nescafe kick-start tu la..cuma tempoh masa dia lebih panjang..dulu lagi lama sampai setahun..tapi dah dipendekkan so ok la kan..kalau tidak, haish..bila nak merasa bisnes sendiri nie..hehe..so, yang bagusnya.. walaupun sebagai perantis, tapi dapat elaun RM800 bulanan, and then kalau ada projek freelance, still boleh buat..so, sangat untung~! kalau takde projek pun, at least bulan-bulan ada la jugak duit poketnye kan..tapi untuk siswazah perantis ni tempat dia terhad..sebab first session interview, hanya 2,000 orang yang dipanggil untuk under-go interview..then 2nd interview di short-listed seramai 500 orang sahaja..keputusan plak akan dimaklumkan dalam masa 7 hari bekerja..so..nur sangat sangat berharap dapat dipanggil semula untuk program nie..at least nur leh belajar sebanyak yang mungkin dalam bidang yang nur nak ceburi nie..tapi kalau tak dapat pun, nur tak sedih or kecewa sangat..sebabnya nur masih boleh jalankan bisnes nur..lagi thrill kan sebab on my own feet! *motivasikan diri* huhu..

and alhamdulillah..rezeki Allah itu ada untuk hamba-hambanya..cuma kita perlu bijak mengenalpasti peluang-peluang yang dibukaNya dan merebut peluang tersebut..so semenjak nur berhenti kerja lama, nur dah dapat 3-5 projek..and dealing pun dah buat..dah setup company perkongsian tu..and now nur nak kena pergi SSM sekali lagi untuk ubah nama company nur bagi nampak lebih cun sket..huhu..then nak kena jumpa lawyer untuk buat proper agreement..nak kena design logo..rebrand balik company..there's a lot thing to do..partner nur pun dok ligan cari projek..so nur kena workout my part cepat-cepat so that nanti tak kelam kabut..

owh ye, lupa nur nak bagitau..my bisnes is going to be relating to secretarial / event / management work, design and rebranding company..*setelah membuat pertimbangan apa yang nur mahir dan minat dan ada pengalaman* huhu..so pray for my success..insyaAllah berkat doa keluarga, kawan-kawan dan teman seperjuangan..nur akan ada untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik...

ok lah..itu je update for now..is so excited for my 'new-baby'..but now have to go to look after my 'babies' kat rumah nie nak makan lak sebab nak gi solat Jumaat..oh, i am soo super wonder-girl~ haha..*takle bla puji diri..=p*

2 comments:

  1. semoga cepat berjaya! then boleh ambil saya bekerja.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..insyaAllah..terima kasih fairuz~ =)

    ReplyDelete